Qhaliff Diserang Sakit Perut!!

Thursday, August 18, 2016

Assalamualaikum wbt..

Qhaliff Diserang Sakit Perut!!  |  Firstime dalam sejarah hidup Qhaliff, dia diserang sakit perut... Cirit birit.. OMG..!! Semalam masa amek Qhaliff kat umah pengasuh, badan dia agak panas dan dia tak aktif seperti selalu.. Tak bermaya aje dia.. Pengasuh cakap kemungkinan dia nak demam sebab badan agak panas.. Pengasuh juga maklumkan pada aku yang Qhaliff dah 'membuang' 2 kali dah.. 

Mulanya aku tak syak la dia sakit perut.. Mungkin betul dia nak demam memandangkan badan dia agak panas... Masa otw balik rumah tu, sekali lagi Qhaliff 'eyak'... Aku dah rasa tak sedap ati... Aku cakap dekat en. somi, mungkin Qhaliff sakit perut.. Tapi en. somi menidakkan dakwaan aku tu.. huhu.. Dah sampai rumah, terus aku basuh 'eyak' dia.. Meraung dia, rupanya dah melecet bahagian peha dia... Adoii kesiannya...


Dah elok salin pampers, tak lama lepas tu dia 'eyak' lagik.. Memang kompom la dia sakit perut.. Aku dah mula risau dah... Tapi dia takde la menangis ke.. Merengek ke.. Dia ok-ok aje.. Dah sekali lagik aku kene salin pampers untuk dia... Dah pada tu, aku tengok dia cam tak larat, aku tidurkan dia selepas dia mengusu.. 

Dalam pukul 2 pagi dia sedar tido dan menangis.. Mungkin sakit perut kowt... Aku tengok, dia 'eyak' lagik.. Mungkin jugak dia tak selesa tido dalam keadaan camtu.. Puaslah aku pujuk dia... Bila dia dah stabil emosi dan fizikal baru aku basuh 'eyak' dia... hehe.. Ayat tamo kalah sokmo aku ni...!! haha..


Lastnya, aku teringat Minyak Herba Asma Mujarab ni.. Minyak ni boleh digunakan untuk sakit perut jugak... Terus aje aku applykan minyak ni kat perut Qhaliff... Lepas tu, tidurkan dia.. Alhamdulillah, sampai pagi dia tido dengan lena... Bangun bagi, dia tak 'eyak' agik.. Alhamdulillah...

4 comments:

  1. Mungkin sebab keracunan makanan...? Harap tak serius dan semoga Qhaliff cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. ooo bagus juga minyak tu yer.. alhamdulillah la kalao dah ok ..

    ReplyDelete
  3. ololoo..kesiannya dia..semoga cepat sembuh yer qhaliff..

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah. Dah sembuh Qhaliff. Mujarab minyak nie..

    ReplyDelete