Image Slider

11 Tips Menjawab Soalan KPSL

on
Tuesday, August 23, 2016
Assalamualaikum wbt..


Tips Menjawab Soalan KPSL  | Wahh kemain ko ekk Lea nak kasi tips bagai...!! Haha.. aku sendirik pown tak lulus-lulus agik exam ni kan.. Tapi, apa salahnya kan nak kongsi tips yang aku dapat dari pembacaan blog-blog berkenaan cara menjawab soalan exam.. Mane tau kowt-kowt berjaya kalau amalkan tips yang aku kasi ni.. haha.. Ajettt sangattt!!! Jom tengok tips ape yang ado0o0oo!! Ohhh sebelum tu aku nak kasitau, tips ni aku dapat dari blog Ini Cerita Kita... Aku rasa tips yang diberikan sangat ohsem.. So, nk kongsikan juga kat blog aku ni sebagai rujukan aku sendiri dan korang jugak.. 

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan

1) Baca Buku dan Ulangkaji
Walaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.

2) Tagging/Tanda Topik-Topik Utama
Cara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.

3) Baca dan Faham Kehendak Soalan
Apabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.

4) Set Masa
Perkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.

5) Baca Bismillah
Setiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya.  Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.

6) Menjawab dengan Baik
Setiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.
Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:
 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......

7) Tengok kepada Markah
Sekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.
Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.

8) Satu Soalan Satu Kertas Baru
Paham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.

9) Tulisan Biar Kemas
Korang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.

10) Jawab Semua Soalan
Ini bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.

11) Cari Soalan Tahun Lalu
Saya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check SINI kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu  dan memberi info sahaja.




Exam KPSL Memanggil Lagi

Assalamualaikum wbt..


Exam KPSL Memanggil Lagi  |  Sebenarnya aku dah lupa yang aku ada mohon Exam KPSL bagi tahun 2016.. Semalam kawan opiz tanye, dah print slip exam ke belom?? Adehh, dalam hati, dah sampai masa nak exam keh?? Adoiyaiii, dah la tak study satu hape lagik... Aku memang dah lupa bila tarikhnye... 

Nak kompomkan lagik, aku print la slip exam.. Adoiyaiiiiweehhh!! Minggu depan kowt exam... Matilaaa makk nakkkkk!!! Makcik tak ulangkaji agik wehhh,... Camno neh...?? Apo den nak buekk?? Haha..


Dah banyak kali sebenarnya amek exam ni.. Sekali pown tak pernah lulus.. Susah wehh.. Sampai kejang jari jemari dok menulis... Tulisan dah lebih dari cakar ayam dah... Rasanya dah bukan cakar ayam lagik dah, tapi cakar biawak dah.. Haha... Bila baca balik, diri sendiri lak tensen.. Hehe..

Tapi kan, ada jugak kawan aku.. Amek exam KPSL ni kali pertama dah lulus.. huhu.. Itu dinamakan rezeki kan... Aku ni tataw la bila nak lulus... Ni pulak tak ulangkaji bagai, lagik la nipis harapan senipis kulit bawang... Hoho..

Minggu ni kena xsersais jari jemari.. Minggu depan nak bertarung dah.. Menulis dengan pantas sepantas kilat dengan tulisan yang ajet-ajet sweet... Ahakz.. Korang doakan aku untuk menulis dengan cantik ekk.. Hehe.. Doakan aku jugak dapat jawab dengan tenang dan selamba badak... Doakan aku lagik supaya aku LULUS.... Peace no war..!!


Senarai Scammer Online Malaysia

Assalamualaikum wbt..


Senarai Scammer Online Malaysia  |  AWAS..!!! Peringatan buat pembeli-pembeli online... Scammer ada dimana-mana.. Sebelum membeli pastikan ianya bukan scammer!! Jom check senarai scammer online legend di malaysia yang aktif melakukan penipuan jual beli..

Klik link dibawah untuk check senarai scammer online malaysia :-


300 Follower

Assalamualaikum wbt..


300 Follower  |  Alhamdulillah, follower blog aku dah mencecah 300 follower.. Hoisss sangatlah susah ye untuk meningkatkan jumlah follower blog ni.. Mengambil masa yang agak panjang.. hehe.. Mungkin aku ni agak malas kowt untuk up entry yang bagus-bagus, sebab tu tak ramai yang nak follow blog aku ni yek.. Agaknya laa.. Aku tengok blog kengkawan yang lain semuanya ohsemm follower.. Ada yang dah cecah puluhan ribu.. Bestnyeee.. hehe..


Mungkin lepas ni aku kene lebih rajin meng-up entry yang boleh menarik minat pembaca blog.. Ahakz.. Kengkonon jerk aku ni.. Angat-angat tahi ayam kata orang.. Haha!!

Apa-apa pown, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat follower blog aku kerana kesudian mereka untuk follow blog aku yang tak seberapa ni.. Korang memang ohsemness..!! Aku sayang korang.. Muaxxx cikebooomm...!!

Senang-senang aku BW blog korang ekk.. insyaallah... :)


Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016

on
Monday, August 22, 2016
Assalamualaikum wbt..

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016  |  Holaaaa...!! Tak perasan yerk kite dah menghampiri akhir bulan Ogos... Rasa terlambat pulak buat Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot bagi bulan September 2016... Sekali lagi hari ni, Lea nak lancarkan Segmen Bloglist bagi blog Lea ni... Moga-moga mendapat sambutan dari rakan-rakan blogger Malaysia yang ohsem...!!


Syarat-syarat penyertaan :-

1.  Wajib follow blog Lea Azleeya
2.  Buat entry dengan tajuk : Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016
3.  Copy - Paste banner kat atas dan backlink entry ini ye..
4.  Publish dan tinggalkan link entry anda dalam kotak komen entry asal Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016


Macam biasa 10 blog akan dipilih dengan menggunakan Random.org..

Segmen Tamat
31 Ogos 2016

Good Luck..!!